Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Di Puncak Kejayaan Gemilang Kekayaan

11/14/2024

0 Comments

 
Picture
2019. Di dalam Istana Alam Shah, Klang Bandar Diraja.
Picture
Umrah kali ke 4 pada Disember 2015.
Akhir tahun 2015 mengerjakan umrah kali ke 4. Tahun 2015= 8 adalah tahun tekanan menyaksikan banyak bisnes di Malaysia yang gagal dan kerugian, harga minyak jatuh menyebabkan syarikat2 berkaitan minyak gulung tikar, masalah jerebu berpanjangan di Semenanjung Malaysia dan macam2 musibah. Maka, diusahakan perjalanan kerohanian (umrah) bagi meringankan tekanan2 tahun 2015 itu.

Kini akhir tahun 2024= 8 iaitu tahun 8 adalah tahun tekanan juga menyaksikan banyak bisnes slow, rugi atau tutup, rekod 150 ribu mangsa banjir, musibah tanah runtuh dan macam2 lagi. Jadi, kita akhirilah tahun 2024 ini perjalanan kerohanian (Energi Kerohanian) bagi melahirkan kesyukuran kerana masih lagi hidup yang baik melalui tekanan dan juga untuk jadi lebih kuat secara kerohanian bagi menghadapi tahun 2033=8 iaitu tahun tekanan.

11 Disember 2024 adalah Hari Energi Kerohanian. Kebetulan jatuh pada Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor. Daulat Tuanku.

Picture
Picture
Maklumbalas peserta2 Ikhtiar Energi Kesultanan pada 3 Okt 2024 lalu. Dato Eddy Rosyadie yang buatkan energi untuk peserta2 tapi pada masa yang sama meminta peserta2 buatkan juga sedikit aktiviti supaya mereka tahu yang energi itu wujud walaupun secara jarak jauh.

Pola Perubatan dan Pola Kesultanan:
Picture
Hari Perawat Nasional disambut di Indonesia pada 17 Mac setiap tahun bersempena pembentukan Persatuan Perawat Nasional Indonesia pada 1974. Ada pola perubatan beserta pola kesultanan 38+573+459. Maksud kesultanan disini secara figuratif iaitu "beri khidmat kepada masyarakat" bukannya jadi sultan ke raja ke apa.

Klik pada klip video dibawah untuk memainkan video:

Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Tahun 2025=9 adalah tahun kerohanian (spiritual) iaitu Spiritual Growth dan Spiritual Awareness. Dan kebiasannya, warna UNGU adalah Chakra Crown terletak atas kepala kita tentang Spiritual. 

Ambil peluang ini untuk aktifkan, jana, tambah atau pulihkan Energi Kerohanian untuk kita lalui tahun 2025 dengan penuh kerohanian!

Status 3 Kerohanian:
Picture
Bercakap dalam satu podcast baru2 ini, individu ini menceritakan zaman sekolahnya dahulu adalah seorang pelajar yang pemalas, ponteng sekolah dsbnya (Google tajuk akhbar ini). Walaupun sedemikian, akhirnya beliau menjadi seorang yang terkemuka dalam bidang keagamaan (kerohanian). Individu ini ada Pola Kerohanian dalam Petak tarikh lahir Statik Pembayang Dua Dorongan (2024 ciptaan Dato Eddy Rosyadie). Apakah ianya kebetulan atau sememangnya tertulis (a.k.a takdir) sedemikian walaupun remaja yang memberontak tapi akhirnya ke jalan kerohanian juga?

Kita ikhtiarkan guna strategi pernomboran untuk setup perniagaan. Kerana perniagaan ini ada risikonya iaitu kerugian.  Maka, kita kena rancang perniagaan ini sedaya mampu menguruskan risiko tersebut. 
Picture

Pola Kesultanan:
Picture
Walaupun individu ini bukannya pemerintah tetapi digelar sebegitu kerana ada pola Kesultanan dalam Petak tarikh lahir Statik Pembayang Dua Dorongan (2024 ciptaan Dato Eddy Rosyadie). Mungkin salasilah daripada keturunan raja.

Picture
Picture
Picture
Kadang kala kita rasa kehidupan kita tak seperti orang yang normal yang lain; hidup tenang, tiada sakit misteri, rumahtangga aman, duit melimpah2. Yang kita ini hidup penuh dengan drama sedih dan pergolakan, gangguan mistik dan pelbagai musibah. Kenapa ya?

Kerana anda telah dipilih oleh alam untuk menjalani laluan kerohanian (spiritual path). Kesengsaraan, merana, perit, kepayahan hidup adalah alat Kerohanian (spiritual tool) iaitu satu proses yang anda mesti lalui untuk mendapat kejayaan. Dan 1 daripada 9 ciri pemutus karma/ saka/ warisan keturunan adalah anda mengalami kebangkitan spiritual. FIZIKAL dan MENTAL anda umpama kenderaan yang memerlukan bateri (energi) untuk bergerak baik dalam laluan kerohanian.

Sebab itu Dato Eddy Rosyadie menganjurkan ikhtiar Energi Kerohanian secara METAFIZIKAL pada 11 Dis 2024 ini supaya diri anda dibekalkan dengan energi untuk anda melalui laluan kerohanian.

Hint: jika anda ada Pola Kerohanian dalam Laporan Potensi Leluhur Keturunan Kesultanan dan anda masih hidup berfoya2 nantilah laluan kerohanian memilih anda masuk ke laluannya. Maka kita buat persiapan awal dengan energi kerohanian.

Picture
Picture

Pola Kerohanian dalam Pola Kesultanan:
Picture
Almarhum merupakan kerabat kesultanan memang ada pola kesultanan dalam Petak tarikh lahir Statik Pembayang Dua Dorongan (2024 ciptaan Dato Eddy Rosyadie) dan almarhum juga adalah Pola Kerohanian; pengamal kesufian tariqat.

Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Kan Dato Eddy Rosyadie dah kata pada November 2024 lalu yang bulan Disember 2024 negara Malaysia dan rakyat Malaysia terjejas kewangan. Berita2 ini menunjukkan fenomena tersebut. Graf Prestasi Bulanan Malaysia untuk Dis 2024 adalah jatuh ke mata 6. Biasanya bilamana graf jatuh, status dan situasi kewangan adalah negatif.

Ini adalah di luar kawalan FIZIKAL kita yang menyebabkan perbelanjaan keluar besar tak disangka2, simpanan berkurangan, bisnes slow, sales kurang, payment lambat dsbnya dalam paramater yang negatif.

Sebab itu Dato Eddy Rosyadie menganjurkan program ikhtiar energi rezeki positif secara METAFIZIK bagi kita di dalam hasil dan usaha mencapai kewangan yang positif.

Dekad 10 tahun tekanan:
Picture
Berada dalam tempoh dekad 10 tahun tekanan. Katanya sudah 20 tahun bersabar tentangnya. 2024=8 iaitu tahun tekanan menambahkan tekanan kepada dirinya.

Picture
Dato Eddy Rosyadie ada menyediakan Laporan Potensi Leluhur Keturunan Kesultanan bermula Ogos 2024 lalu dan hampir 800 laporan disiapkan.

Laporan ini berdasarkan kepada kajian Dato Eddy Rosyadie sejak 2009. Kita jadikan sebagai panduan untuk kenali potensi diri kita.

Laporan Potensi Leluhur Keturunan Kesultanan
Harga (2025): RM80
Bagi Nama, 
Tarikh Lahir
Waktu Lahir
Negeri Lahir



Pola 38+573+459 Pola Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau United Nations - berkhidmat untuk masyarakat dunia:
Picture
Datin ini merupakan seorang Duta UNICEF iaitu satu cabang dalam PBB (United Nations) dan pola potensi tersebut ada dalam Petak tarikh lahir Statik Pembayang Dua Dorongan (2024 ciptaan Dato Eddy Rosyadie). Pola ini juga adalah Pola Kesultanan. Apapun, ianya bermaksud memberi khidmat kebaikan untuk masyarakat dunia.
Picture

Picture
Bertemu dengan ahli silat Cekak di USJ9 di restoran Husin Pasembor untuk membentangkan perihal Laporan Potensi Leluhur Keturunan Kesultanan untuk setiap mereka. Katanya, guru mereka meminta mereka mencari perihal keturunan masing-masing. Dapatlah Dato Eddy Rosyadie memberikan khidmat. Tentunya semua di situ ada Pola Kesultanan. Kan Silat Cekak katanya berasal dari Istana Kedah dulu2. Isteri Dato Eddy Rosyadie pun pelajari Silat Cekak masa sekolah dulu :)

Pola Kerohanian salah satu daripada 8 komponen dalam Pola Kesultanan:
(Laporan Potensi Leluhur Keturunan Kesultanan)
Picture
Lain macam minah ni. Dahulunya masa muda2 semacam sosial sangat. Tapi sejak 2024 ini dah berubah 360 darjah menjadi lebih kerohanian. Mungkin memang ada pola kerohanian pun dalam Petak tarikh lahir Statik Pembayang Dua Dorongan (2024 ciptaan Dato Eddy Rosyadie). Dah begitulah ketentuan (takdir) yang tertulis untuk kita fahami. Semoga insan ini akan istiqamah dalam kerohanian. RESPEK !!!

Beliau ini ada Pola Kesultanan dan watak2 filem/drama semacam  perihal Kesultanan dan mistik. Memang pola 38 berkaitan kesultanan dan mistik pun.

Picture
Kita ikhtiarkan dengan energi rezeki secara METAFIZIKAL.

Ada teknik campur kaedah energi tinggi = hasil terbaik untuk rezeki.

Jom join program ikhtiar energi rezeki positif secara METAFIZIKAL bulan Dis 2024!

Picture
Picture
Picture
Klik pada salah satu flyer di atas untuk terus daftar dahulu di WhatsApp Dato Eddy Rosyadie 017 769 7946 boleh daftar dahulu bagi 1 kod, nama penuh dan nama ibu penuh.

​Graf Prestasi Malaysia untuk Disember 2024 adalah jatuh daripada mata 9 ke mata 6. Biasanya kejatuhan ini menjejaskan status dan situasi kewangan kita. Berita2 akhir Nov 2024 menunjukkan kewangan yang terjejas kepada rakyat Malaysia.

Perihal2 tersebut adalah diluar kawalan FIZIKAL kita dek energi parameter yang negatif mengganggu FIZIKAL kewangan kita turut menjadi negatif. Maka, kita ikhtiarkan energi rezeki positif secara METAFIZIKAL bagi membantu kita meneruskan kewangan yang positif sepanjang Disember 2024.

Pola 769 Kekayaan:
Picture
Memiliki pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik Pembayang Dua Dorongan (2024 ciptaan Dato Eddy Rosyadie) menjalankan perniagaan yang mudah dan mencapai kejayaan mengikut pola potensi dirinya.

Pola 769 kekayaan bagaikan memudahkan seseorang itu mencapai kekayaan. Bagaimanakah dengan anda yang ada pola 769 kekayaan sudahkah anda mencapai kekayaan? Untuk berusaha bersungguh2 secara FIZIKAL ada had limitnya maka kita ikthiarkan juga energi rezeki secara METAFIZIKAL.

Picture
Maklumbalas peserta ikhtiar Energi Kesultanan + Rezeki pada 3 Okt 2024 (Kod KBD) dan 1 Nov 2024 (Kod LBE).

Kita ikhtiarkan energi positif secara METAFIZIKAL juga.

Pola Mudah Bosan + Bertukar2 Kekasih:
Picture
Ada pola angka yang biasa Dato Eddy Rosyadie temui sejak 2006 lagi tentang pola mudah bosan dan bertukar2 kekasih dalam Petak tarikh lahir Statik Pembayang Dua Dorongan (2024 ciptaan Dato Eddy Rosyadie).

Bukan sahaja pola mudah bosan tertakluk kepada kerjaya/ perniagaan tetapi juga untuk kehidupan.

Picture
Tahun 2024 = 8 iaitu tahun tekanan. Menguji ketahanan keTABAHan kita dalam menguruskan perihal risiko. Berkahwin risikonya bercerai. Maka diuji perkahwinan kita dengan ujian2 untuk bercerai.

SEMUA pihak sedang tertekan dalam 2024 ini. Sabar sajalah bagi masa untuk bertenang 2025 nanti.

Pola 769 Kekayaan + TMA 6 Telaga Duit:
Picture
Walapun kehidupannya melalui zaman penjajahan Jepun di Malaysia lalu, namun secara amnya hidupnya adalah senang. Ada pola 769 kekayaan DAN TMA6 telaga duit dalam Petak tarikh lahir Statik Pembayang Dua Dorongan (2024 ciptaan Dato Eddy Rosyadie).

Pelajarilah tentang Tengah Mata Angin (TMA) yang lain 1-9 daripada video rakaman Dato Eddy Rosyadie:
Picture

Picture

Picture
MENGAPA DATO EDDY ROSYADIE MELIBATKAN DIRI DALAM PERIHAL MISTIK?
Perihal mistik merupakan satu cabang daripada energi secara METAFIZIKAL. Dan Dato Eddy Rosyadie memilih untuk membawa energi kekayaan/ energi kesultanan.

Tahun depan 2025, di dalam kiraan petak 2025 ada pola 38 iaitu perihal mistik, kesultanan, persilatan. Tak ada niat pun Dato Eddy Rosyadie menceburi dunia mistik ini namun begitulah 2025 "mendorong" Dato Eddy Rosyadie ke arah perihal energi mistikal/ metafizikal. Bermula dengan Laporan Potensi Leluhur Keturunan Kesultanan pada Ogos 2024 lalu dan kepada perihal 23 Nov (Gua Kota Gelanggi) dan 26 Nov (Jeram Tengkek).

Mungkinkah 2025 adalah tahun kebangkitan mistik/ kesultanan atau persilatan? Tak pasti. Apapun dorongan2 telahpun menjadi kepadanya. Apakah anda perasan perkara yang sama terjadi kepada anda/ sekeliling anda?

    Tahun 2025: Tahun MISTIK? Kesultanan/ Persilatan

KLIK UNTUK HANTAR KAJISELIDIK

Rentetan dari peristiwa 23 Nov 2024 (lihat posting di bawah ini) iaitu ikhtiar energi rezeki kekayaan secara METAFIZIKAL di Gua Kota Gelanggi bersama Dato Eddy Rosyadie. Owner buat tak tahu padahal beliau ada menyentuh kunci tersebut secara FIZIKAL. Bagaimana gurunya boleh tahu?
Picture

Pola 769 Kekayaan:
Picture
Punyai pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik Pembayang Dua Dorongan (2024 ciptaan Dato Eddy Rosyadie) perjalanan yang mudah untuk meraih kekayaan.

Itu secara FIZIKAL. Yang kita nak ikhtiarkan adalah energi METAFIZIKAL kerana kita sudahnya tak kemampuan untuk berlatih dan bermain golf secara FIZIKAL.

Picture
Picture
Picture
Picture
26 Nov 2024. Jeram Tengkek. Menemani individu yang kes saya nampak bayangan keris berdiri di depannya sebelum ini. Untuk buat penyucian/ pemulihan energi pada keris yang sebelum ini saya lihat "hitam". 

Kata dia, sebelum kami buat upacara penyucian, dia tergerak untuk ambil satu keris (bayangan) dari langit. Bila dia capai keris itu tiba2 satu pancaran cahaya mengena keris tu. Kemudian dia ambil keris dan selitkan di pinggang.

Tiba giliran saya pula untuk buatkan penyucian. Kami cuba bayangkan keris kebesaran 13 luk itu dan bila dia dapat feel, kami menyucikan dengan Al Fatihah dan air terjun. Kata dia terdengar satu suara jeritan dari keris bayangan tu. Bilah keris itu pada mulanya macam hitam bertukar jadi sinar perak. Mungkin ini petanda yang keris kebesaran tu telah dibersihkan.

Itulah misi kami sebenarnya. Untuk energi penyucian/pemulihan menukarkan yang gelap jadi terang secara energi.

Lepas tu saya bacakan doa kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan mohon kepada Nya. Doakan juga para arwah, keturunan dsbnya. Tak sangka jurugambar ambil angle seolah2 kami berdoa depan batu bulat tu. Sebenarnya kami tak perasan pun.

Yang keris bayangan panahan cahaya itu saya nampak macam 5 luk. Kata dia 5 luk biasanya untuk keagamaan/kerohanian. Dia beritahu Kampung Tengkek ini dulunya sebagai pusat Tauhid iaitu pusat keagamaan/kerohanian.

Program ikhtiar energi kerohanian pada 11 Dis 2024. Pakaian warna ungu pada 11 Dis nanti dan selfie 💜


Pola Perubatan/ Kesihatan:
Picture
Ada pola perubatan dalam Petak tarikh lahir Statik Pembayang Dua Dorongan (2024 ciptaan Dato Eddy Rosyadie). Walaupun ada potensi tersebut namun itu adalah PILIHAN kita jua. Walaupun tidak lagi layak menjadi doktor, satu hari nanti ada potensi berkaitan dunia perubatan/ kesihatan.

Picture
Picture
22 Nov 2024. Bersedia untuk naik dan masuk ke Gua Balai di Taman Warisan Gua Kota Gelanggi, Jerantut. Ini saya bawa rombongan sebuah syarikat di KL yang katanya 2023-2024 staff2 termasuk mereka ini owner disihir dan gangguan2 mistik. Biasalah bisnes disihir tak dapat nak elak. Bagus mereka ini dapatkan khidmat perawat alternatif (baju hijau sebelah kanan) yang tugasnya "mencuci" energi negatif di kilang2nya setiap bulan secara SPIRITUAL. Selain daripada makcik cleaner yang bersihkan kilang dari kotoran FIZIKAL.

Dari pernomboran versi saya, owner dalam kitaran tahun 5 iaitu halangan pada tahun 2024=8 iaitu tekanan. Akhir2 2024 banyak peluang bisnes tapi tak cukup modal. Apply loan bank ditawarkan RM300k saja padahal mereka memerlukan RM1J modal. Mana nak cari modal ni? Jadi saya ikhtiarkan untuk mereka "energi rezeki" secara bersemuka langsung dengan alam. Bukan kita seru/minta dengan jin atau bunian pun. Kita mohon terus kepadaNya gunakan Al Fatihah, selawat dan zikir. Kami solat maghrib dan isyak pun di masjid tau.

Yang kiri sekali, boleh "merasa" dan "nampak" yang ghaib:
1. Katanya, masa mereka nak naik ini disambut oleh satu entiti mungkin wanita yang turun dari tangga dan di tepi2 tangga ke gua berderetan "orang-orang" berbaju putih seperti meraikan mereka.
2. Dia dan perawat merasa energi yang "sedap" apabila mereka beramal di situ.
3. Dia berkata saat berselawat adalah energi yang paling sedap.
4. Pada malam 23 Nov 2024, saya pesan mereka buat amalan pada jam 130 pagi - 330 pagi untuk energi rezeki. Mereka buat pada jam tersebut dengan Solat Tahajjud, Solat Taubat, Solat Hajat dan dia kata sekitar 230 pagi, dia melihat dua jaluran duit kertas turun berantai2 tak putus2 dari langit dan masuk ke bekas2 yang kami sediakan. Dia tak pasti matawang apa.

Lihat sahaja filem Munafik 2 kutipan RM48 Juta dan Mat Kilau kutipan RM97 Juta arahan Syamsul Yusof yang penggambaran dibuat di Gua Kota Gelanggi. Bukannya dia dapat duit dari gua pun tapi filem2nya meletup berjuta2 RM di pawagam2. Kes berkaitan energi Gua Kota Gelanggi. By the way, Syamsul Yusof baru sahaja buat penggambaran drama bersiri bertajuk Khawarij untuk TV Astro dibuat di Gua Kota Gelanggi.

Boleh saja buat energi rezeki dibuat di Dataran Merdeka KL tapi tak ada feel dan ramai viralkan. Jadi kita buat di kawasan alam semulajadi tanpa gangguan.

Tak adalah duit FIZIKAL kang tak cukup punya. Energi rezeki dlm tempayan untuk buat mandian berulang2 dsbnya.

Pola 769 Kekayaan:
Picture
Punyai pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (2024 ciptaan Dato Eddy Rosyadie) melalui perjalanan kerjaya/ bisnes yang mudah mengikut pola2 potensi dirinya.

Picture
Picture
Graf Prestasi Malaysia untuk Dis 2024 adalah jatuh berbanding Nov 2024. Kini kita dah dapat "hint" (petunjuk) menghampiri bulan Dis 2024. Perkara ini tentunya di luar kawalan FIZIKAL kita. Itulah, FIZIKAL kita dah berusaha sungguh2 namun ada saja parameter/ energi negatif yang ganggu kita.

Jadi, kita ikhtiarkan energi rezeki positif secara METAFIZIKAL bagi meneruskan kewangan dan prestasi perniagaan/ pelaburan yang baik.

Picture
Mak ada bisnes dan kena tipu pada 14+3+2007= 8 iaitu tekanan.

Kini, dirinya pula ditipu hampir RM1 juta.

Inilah namanya "saka" atau pusaka. Iaitu fenomena warisan keturunan. Kita bukan sekadar mewarisi (saka) rupa ayah atau mewarisi bentuk rambut mak, tetapi juga mewarisi (saka) sifat kerugian daripada mereka.

Sebab apabila kita melihat kepada graf hayatnya, terdapat spesifikasi tentang masalah kerugian di Zon WEALTH ada kod AF. Dapat graf hayat daripada siapa? Tentulah daripada ibu bapa.

Dapatkan Laporan Graf Hayat anda untuk MEMASTIKAN ANDA "BERSIH" dari saka/ karma warisan keturunan untuk menjalankan perniagaan yang baik. 

Dikhuatiri individu ini boleh mengulangi2 banyak perkara negatif dalam kehidupannya berdasarkan warisan keturunannya.
Picture

Pola 769 kekayaan dan Pola Makanan:
Picture
Punyai pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik Pembayang Dua Dorongan (2024 ciptaan Dato Eddy Rosyadie) membeli kedai makanan pada usia 17 tahun dan kini menjadi bilionair. Sangat mudah kehidupannya dan kerjayanya untuk  mencapai tahap bilionair.

Kita nak jadi jutawan bukan untuk bermewah sebaliknya untuk persediaan tabung simpanan persaraan. Tentunya anda yang makan gaji mahupun berniaga akan bersara dan apakah anda bersedia dengan simpanan untuk bersara kelak? Jika anda sudah berusia 40an atau 50an  dan belum jutawan maka persaraan anda adalah kritikal. Namun, untuk berusaha bersungguh2 secara FIZIKAL ada had limit dan sering diganggu energi kewangan negatif. Sebab itu Dato Eddy Rosyadie menganjurkan program ikhtiar energi rezeki secara METAFIZIKAL.

Picture
Picture
Elemen WOOD salah satunya pertanian adalah dalam fasa SUPPORTED BY (2nd Choice) untuk Oktober - Disember 2024. Berita ini menunjukkan fenomena tersebut. 

Carta ini dilakarkan oleh Dato Eddy Rosyadie pada Disember 2023 lalu.

Perihal tekanan dan halangan dalam perceraian:
Picture
Tarikh mereka bernikah adalah sangat2 baik dan mampu bertahan lama serta berpisah pun secara baik. Tetapi perjalanan tarikh nikah perlu juga melalui tempoh2 tekanan. Dan kebetulan 2024 = 8 iaitu tahun tekanan memberikan tekanan yang sangat2 kepada pasangan ini. Gabungan tarikh lahir mereka ada potensi konflik ketara dalaman.

Untuk mendapatkan tarikh nikah yang baik DAN perjalanan tarikh nikah yang baik adalah hampir mustahil. Ada tetapi sangat2 sukar nak dicari. Setiap perkahwinan ada risiko bercerai.  Jadi, pasnagan yang berkahwin mestilah BERJUANG SETIAP HARI untuk mengatasi risiko tersebut. Lelaki dan wanita adalah individu yang berbeza pandangan, keperluan, cara dsbnya. Perkahwinan bukanlah mencari persamaan sebaliknya adalah mengimbangi perbezaan.

Picture
Seorang kawan mengadu dalam group WA tak dapat pakai cincin. Bila Dato Eddy Rosyadie perhati betul2 jarinya itu rupanya jari itu telah ada cincin secara "ghaib" kepunyaan wanita (batu hijau bertatahkan berlian sekelilingnya). Siap buat lawak ada keris dan persalinan untuk "raja sehari".
​
​Rupa2nya fenomena ini betul!

Pola Kerohanian (Status 3):
Picture
Daripada Petak tarikh lahir Statik Dua Pembayang (2024 ciptaan Dato Eddy Rosyadie) Dato ini, bukanlah Status 3 (Pola Kerohanian). Dahulunya seorang pereka fesyen yang tiada kena mengena/ tiada latarbelakang akademik agama. Apabila Dato bersara dunia fesyen pada 2020, beliau berubah menjadi keagamaan kerohanian. Macam mana pula tu?

Kita tidak lihat pada statik, tetapi lihat kepada DINAMIK. Petak Warisan dan Petak Mewarisi Dato ini adalah Status 3 (Pola Kerohanian) dan Dekad terkini bermula 2021-2030 adalah Statu2 3 (Pola Kerohanian). Seolah beliau sememangnya berubah kepada keagamaan. Adakah ini satu kebetulan atau sudah memang ketentuan yang tertulis (takdir)? Tertulis pada tarikh lahir.

Pakej 1 bulan untuk Bulan Dis 2024:
Picture
Picture
Graf  Prestasi Malaysia bulan Disember 2024 adalah jatuh dari mata 9 ke mata 6. Dijangka kita semua rakyat Malaysia terjejas sedikit dengan kewangan yang negatif. Mungkin fenomena banjir? Namun, tidaklah jatuh seteruk mana mata 6 adalah fenomena rezeki yang baik. Ini adalah secara FIZIKAL.

Jadi, kita ikhtiarkan energi rezeki positif secara METAFIZIKAL juga bagi bulan Disember 2024 untuk mendapatkan energi yang baik2 untuk rezeki dan kewangan kita.

Apabila melalui tempoh dekad Vacuum Star (duit disedut) dan punyai kod masalah kewangan WEALTH AF, adalah kurang bagus untuk keluar modal besar seperti kes ini. Untuk tahu sama ada anda melalui tempoh Vacuum Star sekarang atau 10 tahun akan datang, dapatkanlah Laporan Graf Hayat. Bukan sekadar tahu tempoh Vacuum Star tetapi kesihatan kewangan anda ada kod masalah kewangan atau tidak.

Tahun 2024=8 iaitu tahun tekanan menguji ketabahan kita.
Picture
Picture

Pola 769 kekayaan:
Picture
Punyai pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik Pembayang Dua Dorongan (2024 ciptaan Dato Eddy Rosyadie) adalah seorang penyanyi dan content creator di USA pendapatan mencecah USD1.5 sebulan. Namun, melalui tempoh dekad halangan iaitu kanser.

Picture
Picture
Masalah kewangan sering melanda diri kita walau kita telah berusaha bersungguh2 secara FIZIKAL kerana FIZIKAL kita ada had limitnya dan FIZIKAL kita sering diganggu energi/ parameter kewangan negatif. Sukar bagi kita nak melepasi masalah kewangan secara FIZIKAL.

Kerana itulah Dato Eddy Rosyadie menyediakan khidmat alternatif iaitu Strategi Metafizik Pernomboran dan ikhtiar energi rezeki secara Metafizik Energi. Kerana metafizik mengatasi perihal FIZIKAL kita yang terhad.
Picture
Picture

Pola 769 kekayaan:
Picture

Picture
2024 = 8 iaitu tahun tekanan.

Usah menekan diri lagi dengan bekerja tanpa rehat yang sebaiknya. Nanti kesihatan terjejas dan kita makin tertekan.

Jagalah kesihatan diri dengan 
Energi FIZIKAL - pemakanan yang baik, senaman, rehat yang cukup, mandi dsbnya.
Energi MENTAL - tenangkan jiwa dan minda serta kawal emosi.
Energi SPIRITUAL - buat yang wajib dan perbanyakkan yang sunat.
Energi METAFIZIKAL - aromaterapi, pernafasan dsbnya.

Pola 769 Kekayaan:
Picture
Punyai pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik Pembayang Dua Dorongan (2024 ciptaan Dato Eddy Rosyadie) dan mengusahakan pelbagai jenis usaha, perniagaan dan pelaburan.

Mesej Dato Eddy Rosyadie kepada seorang klien jam 3 pagi. Dalam jam 2 pagi, kami bersurai balik setelah pekerja restoran mamak meminta kami beredar kerana nak kemas tingkat 2 (air cond). Sebelum itu, Dato Eddy Rosyadie ternampak bayangan satu tombak emas di bahagian belakang kami. Lama kelamaan sekeliling tingkat 2 tersebut nampak bayangan emas. Kawan2 klien tak nampak fenomena ini tetapi klien ini nampak. Itu sebab Dato Eddy Rosyadie mesej kepadanya.
Picture

Pola Komposer:
Picture
Salam Takziah. Perjalanan hidup yang cukup simple diceritakan dalam Wikipedia menjalani kehidupan mengikut pola2 potensi dirinya dalam Petak tarikh lahir Statik Pembayang Dua Dorongan (2024 ciptaan Dato Eddy Rosyadie).

Picture
Picture
Dato Eddy Rosyadie memperjuangkan energi kewangan bagi membantu masyarakat untuk menjadi kaya jutawan. Pola 769, TMA6, Virtuous Star Ikhtiar Energi Rezeki dsbnya. Bukan untuk bermewahan tetapi sebagai persiapan untuk tabung persaraan. Sama ada anda bekerja makan gaji mahupun berniaga, tentunya ada satu masa anda akan bersara juga. Adakah tabung persaraan kita mencukupi? Kita berusaha bersungguh secara FIZIKAL namun koyak juga kewangan kita dek kerana energi negatif kewangan yang selalu kacau fizikal kewangan kita. Dan FIZIKAL kita pula ada had limitnya.

Sebab itu Dato Eddy Rosyadie anjurkan metafizik energi dan strategi pernomboran sebagai satu cara usaha/ ikhtiar untuk kewangan yang positif.

Bukan sahaja kita mewarisi pola2 daripada ibu bapa tetapi juga mewarisi fenomena yang berulang daripada atuk nenek kita juga. Sepertimana kes individu ini tentang kes bercerai.
Picture

Pola Pendidikan:
Picture
Tahniah Dato atas perlantikan. Punyai pola pendidikan dalam Petak tarikh lahir Statik Pembayang Dua Dorongan (2024 ciptaan Dato Eddy Rosyadie). Juga kerjaya/ bisnes yang sebelumnya dalam pola potensi dirinya.

Picture
Sepertimana yang Dato Eddy Rosyadie beritahu sebelum2 ini, kita menunggu teknologi dan sains untuk kita tidak lagi menggunakan metafizik energi dan ubat hospital.

Apa yang teknologi dan sains lakukan adalah adjust je genetik DNA kita. Tak perlu lagi metafizik dan tak perlu lagi ubat2 hospital. Apa saja keperluan kita cuma adjust genetik DNA kita. Nak usia panjang? Nak sihat 100% hingga akhir hayat? Nak gembira sahaja sepanjang hayat?

Tapi sementara tunggu teknologi dan sains ini mudah dan murah kita akses mungkin dalam 50 tahun akan datang, gunakanlah dulu ikthiar metafizik energi dan ikhtiar ubat hospital.
0 Comments

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku-buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU)

    ADA STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture


    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    September 2024
    August 2024
    July 2024
    June 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    February 2024
    January 2024
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    September 2023
    August 2023
    July 2023
    June 2023
    May 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly